Tuesday, 13 December 2011

ohh December!!

hi!!

sgt lame x berblogging...nmpk mcm dah bersawang je blog aku ni..haih..
ok...sbb aku xnk nmpk blog ni bosan..so kat sini aku nk update serba sedikit ape yg berlaku dlm kehidupan seharian aku...

skrg da bulan 12...lame jgk aku tgglkan blog ni rupenya..smpi x tau ape yg nk di ceritakan..(jari jemari berhenti menari..smbl memikir ape yg nk dicoretkan =) )

10 December 2011, 

Aku pergi kenduri member kat Felda Mempaga 2, Bentong..Gerak agak lambat, lbh kurang puku 2.30ptg...
smpi sane lbh kurg pukul 3.40ptg...xde la jauh sgt kan..ok..agak lmbt smpi..sbb tersesat :P bukan la sesat teruk sgt..cume terlepas simpang je...cik anim salah bg direction kat sy!!failed jgk org bentong ye...hihi...dah smpi, ape lg..time to makan la plak kan..mmg sengaja simpan perut utk mkn nasi kenduri...then..ape lg..borak smpi lebam..n perkara wajib, mesti la amik gmbr kan..bukan senang nk jumpe kwn2 ni..msg2 busy mengalahkan PM :P....


Tahniah & Selamat Pengantin Baru bt Eyja & husband
Anim & eha bile nk naik pelamin plak?


smbl2 borak..sempat lg amik gmbr tu...ok senyum :P


Thanks anim..sbb da lame x jumpe + kerinduan yg melampau anim sggp tggu wlupn aku lmbt smpi :P jgn mrh ye anim..sbgi tanda minta maaf..ema anta anim blk ye :P ayt memujuk..haha...



cukup la kan cerita..xtau nk cite ape lg..daaa........




“Happiness is not a goal...it's a by-product of a life well lived.” 
― Eleanor Roosevelt

Wednesday, 27 July 2011

Bercerita Tentang Masa Depan

Bercerita ttg mase depan..ape yg nk diceritakan sebenarnye? :)
semua org idamkan mase depan yang cerah,yang senang dan yg baik2 belaka..yelah sape yg nk hidup susah kan?

Aku ade target aku sendiri untuk mase depan aku....azam aku yg x tau bile bole tercapai :)

1. Aku nk ade pekerjaan yang lbh baik n lbh sesuai dengan Sijil yang aku ade sekarang~

Kerja sekarang bukanlah x bgs...cume jauh lari dari target asal..Tp walau cmane skali pun aku ttp bersyukur dengan ape yg aku buat skrg..Sekurang2nya aku dpt belajar something new utk mase depan aku :) 
Buat mase skrg, aku nk cari pengalaman..x kisah la kalau kene dari bawah pun....kita nk pandai pun belajar dr tadika dulu kan...

2. Nak tambah asset peribadi..

haha,statement mcm ape je kan...aku pasang target nk beli umah sendiri..bg perempuan xdela penting sgt nk fikir pasal beli umah ni kan..sebabnye kalau dia da berkahwin, si suami yang bertanggujawab untuk sediakan tempat tinggal utk anak bini dia nanti...tp x salah klu perempuan ade cite2 nk beli umah sendiri...mane la tau kite xde jodoh ngan sape2, xkan la nk duk celah ketiak mak bapak je kan :) perempuan kene berdikari jgk.
Pasal kete, kire asset jugak.Alhamdulillah aku da ade kete sendiri..beli ngan hasil titik peluh.penat lelah sendiri tau...

3. of course la nk ade pasangan hidup sendiri.

mencari pasangan hidup bukan la suatu perkara yg senang...tp aku harap aku akan dpt pasangan yg btul2 memahami aku...yg serasi..yg menyayangi dan segala-galanya...dan aku jgk nk jd yg terbaik utk dia...ade family sendiri~ade anak sendiri~syoknye!!

Monday, 23 May 2011

tunang&kahwin!!

Entry kali just nk meluahkan rase hati yang terpendam...
lately, orang2 sekeliling selalu tanye " ema ko bile lg nk tunang", "ema ko bila lg nk kahwin"....
lg2 bile yg bertanye tu family n kawan2 rapat....
terasa diri ni mcm da tua sgt...tp aku baru 23 tahun...muda lg kot..byk lg impian yang x tercapai...
perlu ke kahwin cepat2....haish...

kalau nk kahwin ke tunang ke bukan senang...
sume kne pakai duit...mmg la slalu org ckp klu nk ckp pasal duit sampai bila pun x cukup...
duit gaji pun slalu negative balance...dah cmne nk kahwin@tunang :)..

klu ikutkan hati, mmg la nk kahwin cepat2...
nk ade husband sendiri, anak sendiri..ade keluarga kite sendiri...
tu antara salah satu impian aku jgk...(yg x tau bile akan tercapai)
tp sblm pergi ke alam perkahwinan ni byk menda gak aku kne fikir...
pasangan aku tu nanti btul2 bole terima aku ke x?
aku ni da btul2 ready ke nk jd isteri n ibu pada anak2 aku nanti?

rase macam byk je lg kekurangan..
byk menda lg yg aku kene improve dlm diri aku ni...
ade org ckp lps kahwin pun bole blaja, tp bg aku..biarla aku sentiasa nmpk yg terbaik bt husband aku nanti :)
jdnye, selagi ade mase ni blaja la sket2 kan..xde la kekok sgt bile da kahwin nanti...kan kan kan...





Friday, 8 April 2011

Pesanan untuk lelaki dan wanita

Ciri-ciri Lelaki Idaman Wanita

1. Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

2.Lelaki yang berharga.

3.Lelaki yang tidak cemburu buta
Lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

4. Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

5. Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

6. Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

7. Lelaki yang punya pendirian.

8. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila
berjanji.

9. Lelaki yang kemas bersih.
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

10. Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

11. Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

12. Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

13. Lelaki yang tabah.
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila
menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

14. Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar
cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

15. Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. 


16. Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

17. Lelaki yang mengasihi.
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa,
wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

18. Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

 
PESANAN UNTUK LELAKI

Jangan engkau kahwini wanita yang enam; jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah, dan yang syadaqah.

Wanita Ananah - banyak mengeluh dan mengadu & tiap saat memperalatkan sakit atau buat2 sakit
Wanita Mananah - suka membangkit2 terhadap suami. Wanita ini sering mengatakan,"Aku membuat itu keranamu."
Wanita Hananah - menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain, yang dikahwininya sebelum ini, atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah - melemparkan pandangandan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya utk membelinya
Wanita Baraqah - ada 2 makna; pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
Wanita Syadaqah - banyak cakap tidak menentu lagi bising

dan untuk wanita pula, janganlah anda menjadi wanita yang enam itu... ... ..
 


7 C dan 8 G

Datuk Dr Fadzilah Kamsah telah merumuskan:


7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.


1. Comot

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.


2. Cerewet

Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.


3. Cemburu

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.


4. Cuai

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.


5. Celupar

Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.


6. Cabul

Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.


7. Cabar

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak........


8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita



1. Garang
Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.


2. Ganas
Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.


3. Gementar
Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.


4. Gabrah
Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.


5. Gentleman tiada Langsung
Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.


6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.


7. Ganggo Keterlaluan
Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.


8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri. 

p/s: Just to share....

Wednesday, 30 March 2011

Be nice to people on your way up because you'll need them on your way down =)

hye everyone..

Be nice to people on your way up because you'll need them on your way down =)

aku suke quotes kat atas ni...quotes kat atas ni membuatkan aku rase mcm nk baik ngan sape je yang baik ngan aku...sbb satu hari nanti aku pasti kita sgt2 memerlukan mereka..x kisahla sama ada mase kita senang atau pun susah...betul x?same jugak mcm mereka2 tu...

xde ape pun yang nk di coretkan..cume diri ni terasa sepi sejak akhir-akhir ni....
kenapa perlu rase mcm ni..aku pun xpasti..kadang-kadang aku sendiri x tau ape yang aku nk..
(tetibe terasa diri ni macam bodoh dan xde tujuan hidup)...WAKE UP EMMA!!!

argghh...downnye rase..mane pegi semangat2 aku yang dulu2 ni!!!sigh.................

Sunday, 13 March 2011

~like father, like son~

actually xde pape sgt nk share..tp dr xde lgsg aku cite jgk la kan..
arini aku kuar jln2 dengan member satu ofis dan jugak anak sedara aku..
akhirnye dpt gak aku berjimba selepas berbulan2 terperap kat umah je..bosan kot life cmtu!!
tp nk buat cmane, duit xde..kene la duk diam2 je kan..hehe

aku kuar dlm kul 2pm cmtu...hajatnye nk g tgk wayang ni kat The Mines...
tp sampai je sane, mak aih rminye org..nk parking pun ssh!!trus x jd g situ..aku pun tukar plan g tgk wayang kat jusco cheras selatan je...same je,dpt tgk wayang jgk kan...
hajatnye nk tgk MERONG MAHAWANGSA, tp klu da main terjah je, x booking mmg ssh la nk dpt tiketnye kan...skali lg plan di tukar..beli je tiket yang ade time tu...akhirnye dpt la tiket BIG MOMMA, LIKE FATHER LIKE SON..

cite ni not bad la..aku bg rate 4 star!!agak melucukan jgk cite ni..xde la nyesal sgt beli tiket ni..wlupun mhl...(mcm berkira je bunyinya kan)hehehe... tp aku xnk la cite kat sini jalan ceritanye..klu korg nk tau g la tgk dlu..hehehe...




kami bertiga yang sedang bersuka ria

sahira yang periang..tq sha sbb sudi kuar ngan ema
~big momma..like father like son~

ni big momma gak ke eh??bulat!!
 anak sedara..erin~si penunjuk jalan...haha

~sha gayut ngan cik abe~
mocha espresso blended+chocolate indulgance+meetball spagetti
alhamduillah, nikmat :)
erin n cik emma

p/s: ni la aktiviti kami utk hari ni...da penat..jdnye tutup cerita dan tido~ masih belajar untuk menulis dengan lebih baik supaya korg2 yg rase nk bace x akan bosan ngan blog aku ni =)




Friday, 11 March 2011

~baru-baru mencube~

salam 1 malaysia,

 first of all, aku ni org baru yang baru konon2nye nk berjinak2 dgn blog pulak...
mungkin tersa diri ni kesunyian..
xde tempat nk ngadu nasib or nak cite2 gosip harian ttg diri sendiri atau pun org lain..haha 
(ayat org baru putus cinta :'( mcm bongoks pun ade rase..)
aku terfikir nk buat blog ni pun sbb terasa seronok pulak bile membaca setiap entry post kwn2...
terasa ringan tangan2 mereke utk menceritakan kehidupan masing2...best jgk!
aku pun mulalah rasakan yang mungkin inilah permulaan kehidupan baru aku skrg...
aku nk jdkan blog ni bf aku skrg...gile pasrah beb!!
utk hari ni xde ape lg yang aku nk post..tgh mencari idea2 yang menarik utk jari jemari aku menari2 atas keyboard ni....mayb next time aku masukkan  citer2 yg super duper hot utk tatapan sahabat2...
(macam ade je org yang nk bace blog bongoks aku ni...hahaha)